Saturday, June 25, 2011

kehamilan berisiko & rawatan nya.......

Hampir semua kehamilan adalah normal dan melalui proses biasa. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa keadaan yang membuatkan doktor anda berpendapat ia berisiko ke atas bayi dan anda yang perlu ditangani. Ini kerana anda mempunyai masalah kesihatan atau mungkin hamil anak kembar. Kadangkala simtom berkembang dan memberi petanda kepada doktor bahawa anda memerlukan penjagaan khusus.
  1. Anemia
    Kebanyakan wanita mengatami sedikit anemia sebelum mereka hamil dan ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi. Keadaan ini perlu diatasi bagi memenuhi keperluan kehamilan dan pendarahan semasa bersalin kelak.

    Rawatan  : Cegah anemia dengan mengambil makanan diet yang pelbagai, dengan makanan yang kaya dengan zat besi. Jika ujian darah menunjukkan anda mengalami anemia, doktor akan memberi kan zat besi tambahan. Ambil tablet selepas makan bersama air yang banyak kerana ia boleh menyebabkan radang pada perut dan sembelit, cirit-birit atau muntah. Makanan yang kaya zat besi seperti bayam, hati dan daging merah boleh mengatasi masalah ini.


  2. Kencing Manis (Diabetes)Kencing manis mesti diawasi dengan berhati-hati semasa anda hamil dan tahap gula di dalam darah perlu diperhatikan dengan kerap.

    Rawatan : Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah, doktor boleh menyesuaikan pengambilan insulin bagi anda yang sedang hamil. Anda memerlukan perhatian khusus dalam diet. Anda juga perlu kerap ke klinik antenatal. Sesetengah wanita mendapati penyakit ini timbul pada awal kehamilan. Ia biasanya hilang sebaik sahaja selepas bersalin.

  3. Rahim Tidak Kuat  : Dalam kehamilan biasa, serviks atau leher rahim masih tertutup sehingga bayi dilahirkan. Tetapi jika keguguran kerap berlaku selepas tiga bulan kehamilan, ini mungkin disebabkan oleh leher rahim yang lemah dan terbuka lalu mengeluarkan bayi.

    Rawatan Doktor mungkin mencadangkan pembedahan kecil bagi menutup semula serviks pada awal kehamilan. Jahitan ini akan dibuka semula pada hujung kehamilan, atau bila hampir bersalin.

  4. Pra-eklampsia Ini adalah salah satu masalah biasa pada hujung kehamilan. Simtom-simtomnya ialah apabila tekanan darah meningkat lebih 140/90, berat badan yang meningkat mendadak, bengkak buku lali, kaki dan tangan dan terdapat protein dalam air kencing. Jika anda mempunyai simtom-simtom ini, doktor akan memerhatikan anda dengan lebih teliti. Sekiranya tekanan darah yang meningkat tidak dirawati, ia boleh menyebabkan bahaya pada uri.

    Rawatan : Doktor anda akan menasihatkan anda berehat. Bagi menurunkan tekanan darah, anda boleh mengambil ubat atau mengurangkan kandungan garam dalam makanan. Jika keadaan tidak berubah dan serius, anda akan dimasukkan ke hospital walaupun anda merasakan cukup sihat. Anda mungkin bersalin secara induksi (induce).

  5. Faktor Rhesus Negatif :  Darah anda akan diuji semasa lawatan pertama ke klinik bagi menentukan sama ada anda mempunyai faktor rhesus positif atau negatif. Kira-kira 15 peratus orang mengalami rhesus negatif dan jika anda salah seorang daripadanya, anda akan mengalami masalah ketika hamil jika anda melahirkan bayi rhesus positif. Ini bermakna kumpulan darah anda tidak sama. Bagaimanapun ini tidak mendatangkan bahaya kepada bayi pertama. Biasanya anda akan menghadapi masalah pada kehamilan seterusnya.

    Rawatan Jika bayi pertama ande rhesus positif manakala anda pula rhesus negatif, anda akan diberikan vaksin perlindungan yang dikenali sebagai anti D sebaik sahaja selepas kelahiran. Ini akan mencegah masalah apabila anda hamil kelak. Vaksinasi ini mungkin diberikan semasa hamil di sesetengah hospital.

  6. Keguguran  : Keguguran adalah penamat kehamilan dan ini boleh berlaku satu dalam lima kehamilan. Kebanyakan keguguran berlaku dalam minggu ke 12, kerap berlaku sebelum seseorang wanita itu tahu dia hamil, biasanya kerana bayi tersebut tidak berkembang secara normal. Pendarahan dari vagina adalah tanda awal.

    Rawatan keguguran : Jika pendarahan hanya berlaku sedikit, kehamilan boleh diselamatkan. Doktor anda akan mencadangkan anda banyak berehat, pendarahan mungkin terhenti dan jika anda berehat beberapa hari, kehamilan akan berlangsung seperti biasa. Tiada risiko kelainan kepada bayi. Anda akan diberikan ujian kehamilan atau ultra sound bagi memastikan bayi selamat.

    Gugur asli : .Jika pendarahan berlaku dengan banyak dan anda dalam kesakitan, ini mungkin bermakna bayi telah mati. Anda perlu ke hospital bagi membersihkan semula rahim. Disebabkan anda kehilangan bayi semasa awal kehamilan, anda mungkin akan rasa tertekan. Anda juga mungkin bimbang sama ada anda boleh melahirkan bayi yang sihat lagi, rasa bersalah dan menyalahkan diri sendiri.

  7. Pendarahan Vagina : Jika anda mendapati terdapat pendarahan dari vagina pada sebarang masa kehamilan, hubungi doktor dan berbaring segera di atas katil. Jika ini berlaku sebelum minggu ke-28, ini mungkin tanda keguguran. Selepas tempoh ini, ia bermaksud uri mengalami pendarahan. Ini boleh berlaku jika uri mula renggang dari dinding rahim atau jika uri terlalu rendah di dalam rahim dan tertutup atau menutupi separuh serviks.

    Rawatan : Uri adalah garis hidup bayi. Jadi jika doktor fikir terdapat risiko anda akan dimasukkan terus ke hospital, di mana kedudukan uri boleh diperiksa. Anda perlu tinggal di dalam hospital sehingga bersalin. Jika anda kehilangan darah, anda perlu menjalani pemindahan darah dan bayi mungkin dilahirkan lebih awal melalui induksi atau pembedahan cesaerean. Jika pendarahan terlalu sedikit dan berlaku beberapa minggu sebelum kelahiran, doktor mungkin memutuskan anda bersalin secara semulajadi tetapi dalam pemerhatian yang rapi.

  8. Kembar : Proses kehamilan dan bersalin akan mengalami perkembangan yang normal walaupun anda akan mengalami dua tahap bersalin. Anda mungkin mengalami komplikasi seperti anemia, pra-eklampsia atau songsang. Anda juga mungkin mengalami masalah-masalah kehamilan yang biasa dengan lebih teruk, terutama dalam bulan-bulan terakhir.

    Rawatan : 
    Lawatan tetap ke klinik antenatal perlu kerap jika anda hamil kembar, agar sebarang komplikasi boleh dikenalpasti dengan segera. Kehamilan lebih dari satu membebankan tubuh anda lebih dari biasa, jadi pastikan keadaan badan anda sentiasa dalam keadaan sihat terutamanya dalam minggu-minggu terakhir. Bagi mengelakkan masalah pada penghadaman anda, makanlah dalam jumlah yang sedikit dan segar.

Penjagaan ibu mengandung

Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.
8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan. 
Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama 

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat. 

Lawatan Kedua 

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga 

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
• Air kencing 
• Tekanan darah 
• Berat badan 
• Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu) 
• Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan) 

Lawatan Keempat 

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut: 
• Air kencing 
• Tekanan darah 
• Berat badan 

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda. 

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.
Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali 
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Pentingnya Pemakanan

1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu. 
2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. 
3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.
4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari. 
5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda. 
6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.
7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE. 


Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Satu-satunya rumusan yang ada di pasaran untuk ibu diawal kehamilan adalah Salindah. 
Oleh itu Mengandung.com amat mengalakkan serta mensarankan agar ibu-ibu hamil mengambil produk lengkap Salindah dari awal kehamilan sehinggalah habis pantang.


Friday, June 24, 2011

aku gembira .... coz my lovely wife da mengandung .......

kepada kengkawan yg sentiasa memberi supot tankayu to uall.... huhuhuhuhu ....... aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu sebagaimana kamu mendoakan kesejahteraan ku ..... tq......

Tuesday, June 21, 2011

http://impact-petronas.jobstreet.com/main/editResume.aspx?eid=gDQ6zQqxNDxDtwy5AMiEis4OEw4%3d&uid=466|||&rfid=310&sid=5382

bersih 2.0......

pe criter ni ? demontrasi .... buleh ke ? tp dengan aman xda masalah kot ....  skali skala tekanan tok pemimpin  nie baguih tok rakyat ..... rakyat yang akan dapat menfaatnya .... tapi jangan wat kecoh n jgn wat hal..... bersih biar la sebersih namanya..... jgn di kotorkan ...... aku seru orang ramai yang nk wat demo ni jgn bawak benda n lakukan benda yang x sepatutnya ok ..... chayok2.......

i follow..........

lai lai follow

Thursday, June 16, 2011

Ape pon tak boleh ....: tips nk ngorat awek cun ....

Ape pon tak boleh ....: tips nk ngorat awek cun ....: "korang rasa mcm mane nk ngorat awek yang cun ? supaya korang sentiasa berbanga dgn awek korang n x kena kutuk ngan kawan2 korang yg budjet a..."

Locations of Site Visitors

Tuesday, June 14, 2011

tips nk ngorat awek cun ....

korang rasa mcm mane nk ngorat awek yang cun ? supaya korang sentiasa berbanga dgn awek korang n x kena kutuk ngan kawan2 korang yg budjet awek diowg paling hot tu ? hah nie ada beberapa tips yang senang la ... simple je ....
1- korang wat satu senarai nama2 awek yang cun2 jew ....
2- korang kena susun ayat power2...
3- korang ngorat satu persatu sampai berjaya....
kalau dalam sepuluh awek cun yang kowg ngorat? xkan xda yang sangkut kot ? jgn ngorat yang x cun . ngorat yang cun2 je .... mesti korang dapat punye salah seorang yang cun td ... kena masa kena cara comfirm sangkut la ......
pantang dia jgn ngorat yang x cun ..... kalau langar pantang ni mmg sampai kesudah x menjadi tips nie....
selamat mencuba ..... dan renung2 kan........

tak boleh kahwini gadis sekampung ??

ulama2 telah menegaskan bahawa seorang lelaki tidak boleh mengahwini gadis sekampung...
hukumnya haram ! kalau x percaya tanya ngan ustaz da tanya ustaz tanya aku balik kenapa.... ?
korang rasa kenapa ????

zulajmal .... ?

korang kenal x mamat nie >????
 nie aku nk citer sikit , mamat musibat ni keje ngan aku kt wad ... hahahaha..... dia ada seorang penasihat ... hah nie dia penasuhat nya http://www.facebook.com/photo.php?fbid=108721862497899&set=a.144373228932762.17459.100000802574899&type=1&theater
dua2 nie mmg blood suker la ..... cube korang komen sikit poyo ke x mamat nie dr rupanya ????

Monday, June 13, 2011

Cara Untuk mengetahui Password Facebook kawan anda. TERBARU!!!

mungkin anda semua nk thu rhsia2 tersembunyi di sebalik fb kawan2 anda..

Kali ini kita berkongsi cara dan tips untuk mengetahui Pasword Facebook rakan-rakan anda. Dah bersedia semua?. Okey jom kita pelajari kaedah-kaedahnya

Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengetahui password teman anda:

1. Tanya sendiri kepada teman anda apa password facebooknya, jika dia memberitahu bererti anda beruntung dan teman anda itu ‘bangang!’

2. Di saat teman anda ingin login di facebook, cepat intip password yang dia tulis tanpa pengetahuannya , jika kantoi – risiko anda.

3. Pergilah ke tempat yang boleh mengajar anda untuk membaca fikiran orang lain agar anda dapat membaca fikiran orang itu di saat dia menulis password untuk login facebook.

4. Ancam dengan menggunakan senjata ke teman anda / orang lain agar dia memberitahu passwordnya, jika dia report polis, itu tanggung jawab anda.

5. Pergilah ke dapur anda untuk mengambiL pisau atau meminum baygon agar anda cepat mati, kata orang-orang kalau orang sudah mati, roh dia mengetahui semuanya, jadi anda boleh mengintai passwordnya dengan mudah. Lagi sekali risiko anda tanggung sendiri- jangan cari aku nak cekik dah la.

6. Kalau semua cara di atas tidak berhasil, maka anda kurang beruntung dan loginlah di facebook anda sendiri kan senang, apa ke jadahnya nak login akaun facebook orang kan?

hahahaahhahaha... mcm nk kene lempang je rse... ak pn kene..

Perpindahan Pemain-Pemain Liga Perdana Inggeris ( JUN-OGOS 2011) Barclays Premier League Transfers - June 2011

NEW UPDATE!!      TERBARU!!

Untuk permulaan musim baru yang akan bermula ogos ini.. pengurus-pengurus pasukan berlumba-lumba untuk mencari pemain baru untuk memantapkan lagi pasukan mereka

pengurus juga perlu pndai memilih pemain-pemain yang berkualiti dan pandai berurusniaga dalam perbelanjaan.

contoh : perbelanjaan kecil : chicarito tetapi menghasilkan banyak gol yang menyumbangkan kemenangan kepada man u

 perbelanjaan besar : suarez dan hasilnya sepadan dengan perbelanjaan yang dibelanjakan


Berikut perpindahan dalam senarai pasukan-pasukan liga perdana inggeris terkini:

Arsenal - ( masuk - carl jenkinson ) , (keluar -tiada )

Aston Villa ( masuk - tiada ) , ( keluar - brad friedel )

Bolton (masuk - tiada ) , (keluar - Johan Elmander ) ****NEW UPDATE

Blackburn ( masuk - tiada ) , (keluar -phil jones ) ****NEW UPDATE

Chelsea ( masuk - tiada ) , (keluar - Gokhan Tore, Jacopo Sala, Michael Mancienne ) 

Everton ( masuk - tiada ) , (keluar - James Vaughan )

Fulham ( masuk - tiada ) , (keluar -tiada )

Liverpool ( masuk -henderson ) , (keluar -tiada ) 




Man U ( masuk - phil jones) , (keluar -tiada ) ****NEW UPDATE




  • ashley young dijangka menyertai man utd drpd aston villa dalam masa 48 jam ****NEW UPDATE
  • de gea masih dalam perbincangan ****NEW UPDATE
Man City ( masuk - tiada ) , (keluar -tiada )

Newcastle ( masuk -Yohan Cabaye , Mehdi Abeid) , (keluar -tiada )****NEW UPDATE

Norwich ( masuk - James Vaughan , Steve Morison) , (keluar -tiada ) 


QPR  ( masuk - tiada ) , (keluar -tiada )

Stoke ( masuk - tiada ) , (keluar -tiada )

Sunderland ( masuk -elmohammady ) , (keluar - henderson )

Swansea ( masuk - tiada ) , (keluar -tiada )

Tottenham ( masuk - tiada ) , (keluar -tiada )

West Brom ( masuk - Billy Jones, Gareth McAuley ) , (keluar -tiada ) 

Wigan ( masuk - tiada ) , (keluar -tiada )

Wolves ( masuk - tiada ) , (keluar -tiada )


sebarang pertanyaan tentang pemain-pemain yang ingin anda tahu tntang perpindahan mereka, boleh komen kat bawah ni utk pertanyaan.. 
boleh follow sekali..

Kasturi Syifa adalah minyak kasturi putih yang telah didoakan dengan:

30 juzuk Al-Quran
Ayat-ayat syifa'
Ayat-ayat ruqyah
Al-Muawizat
As Maul Husna
Doa-doa syifa'
Selawat Tajrijiyyah
Istighfar
Solat Hajat
dan lain-lain

InsyaAllah ianya boleh digunakan sebagai terapi wangian sunnah yang berfungsi sebagai:

1.Perisai diri
2.Perisai tempat kediaman, tempat kerja, tempat perniagaan dan sebagainya
3.Memberi ketenangan jiwa
4.Mercerdaskan akal dan mencetuskan aura positif
5.Menghilangkan sejuk tubuh
6.Menghindarkan perasaan gemuruh dan gementar
7.Menghindarkan gangguan makhluk-makhluk halus, jin, hantu dan sebagainya
8.Doa perlindungan untuk ke tempat-tempat 'keras' seperti hutan, lautan yang luas, tasik-tasik, sungai-sungai, bangunan-bangunan tinggalan lama dan sebagainya
9.Doa perlindungan dari disihirkan orang, dicuba-cubakan orang, rasukan dan sebagainya
10.Kanak2 yang sering menangis di waktu malam

TIKET MAHARAJA LAWAK JOHOR 17 JUN 2011

hari jumaat kul 3pm dtg kt stadium ttutup MBJB amik pas percuma. 1 org hnya blh dpt 2 tiket sahaja.
Mai datang sokong pelawak pilihan korang reramai mai .....

Sarung pakaian dalam longgar bagi elak masalah varikosel...

Masalah varikosel atau pembuluh darah vena buah zakar mengembang boleh berlaku secara semula jadi pada segelintir lelaki.

Ia sebenarnya tidak dikategorikan sebagai penyakit sebaliknya hanyalah perubahan struktur dinding vena pada buah zakar yang hilang fungsi elastik atau keanjalan sehingga menyebabkan darah mendap di dalamnya.

Keadaan ini menyebabkan buah zakar berdekatan vena yang kembang itu terdedah kepada kepanasan bagi tempoh lama, sekali gus menjejaskan kilang sperma.

Kadangkala anda akan berasa senak pada bahagian yang ada varikosel. Ini berlaku apabila vena yang kembang, mencengkam untuk menolak darah mendap itu memasuki vena dalaman yang lebih besar.

Varikosel ini biasanya dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki, apatah lagi sekiranya buah zakar berada dekat dengan saluran vena akibat pemakaian pakaian dalam yang ketat (buah zakar terdedah kepada pemanasan).

Jika ini berlaku, cara paling berkesan untuk pemulihan kesuburan ialah melalui pembedahan mengikat salur vena yang kembang dan mengurangkan kebengkakan vena.

Namun, ini tidak bermakna lelaki itu akan dapat memulihkan tahap kesuburannya. Jika sel kilang sperma sudah rosak, maka pemulihan kesuburan tidak akan berlaku.

Anda tidak perlu khuatir mengenai varikosel. Sebilangan besar lelaki mengalami beng kak pada vena sebelah kiri berbanding sebelah kanan dan tidak semua mereka yang mengalami masalah kesuburan.

Anda juga boleh memakai pakaian dalam yang longgar dan selesa. Sekiranya anda sudah berkahwin tetapi masih belum mendapat anak dalam tempoh setahun, barulah anda dan pasangan menjalani ujian kesuburan.

Jangan bimbang, teruskan niat anda untuk mendirikan rumah tangga. Insya-Allah semua akan berjalan lancar.

Kencing manis jejas keupayaan

KENCING manis adalah penyakit digeruni, apatah lagi ia satu rantaian penyakit kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Bagi lelaki pula, mereka berdepan risiko masalah ereksi dan kemandulan jika mengalaminya.
Sesiapa saja berisiko menghidap sakit ini tanpa mengira peringkat umur. Jika ia berlaku ketika peringkat kanak-kanak, individu itu dikatakan penghidap penyakit kencing manis juvenil.

Mereka akan diberi suntikan hormon insulin sepanjang hayat kerana sel yang memproses insulin dalam organ pankreas tidak berfungsi lagi.
Namun bagi individu menghidap kencing manis selepas baligh (dewasa), ia berlaku akibat badan tidak dapat menggunakan insulin atau hormon insulin berkurangan serta tidak dapat menampung metabolisme karbohidrat.

Dengan tahap glukosa tinggi dan tidak stabil itu, keseluruhan fungsi sistem tubuh badan seperti perjalanan darah, fungsi dan tindak balas urat saraf tergendala.

Kedua-dua fungsi ini penting dan jika ia terganggu, fungsi tubuh badan turut terganggu seperti kegagalan lelaki mengekalkan atau mencapai ereksi ketika terangsang. Individu itu juga mungkin gagal mencapai atau mengawal ejakulasi dan cepat klimaks.
Sebilangan besar pesakit kencing manis yang mematuhi nasihat doktor dan makan ubat untuk mengawal tahap glukosa dapat mengekalkan kemampuan melakukan persetubuhan.

Oleh kerana penyakit kencing manis hanya boleh dikawal dan tiada penawarnya, lelaki yang tidak peka dengan nasihat dan rawatan doktor akan mengalami masalah kemampuan seksualnya.
Individu itu akan sukar mencapai ereksi mencukupi untuk melakukan persetubuhan atau ereksinya tidak kekal serta tidak sempat melakukan penembusan faraj atau mati separuh jalan.

Kesudahannya, individu itu mengalami mati pucuk tetap. Ada juga penghidap kencing manis tidak dapat mencapai ejakulasi walaupun dia rasa sudah mencapai orgasma.

Selain itu, ada individu boleh mencapai ejakulasi tapi terasa macam air maninya masuk ke pundi kencing (kencing selepas klimaks dan mendapati air kencingnya keruh atau mengandungi keladak putih).

Jangan mudah percaya cakap yang kononnya makan ubat kencing manis menyebabkan mati pucuk. Ia tidak benar. Semua pesakit kencing manis lambat-laun akan mengalami mati pucuk atau kegagalan ejakulasi.

Walaupun ada ubat boleh melancarkan aliran darah di zakar dan dilihat dapat mengatasi masalah itu, ia tetap bermasalah jika tidak mengawal penyakit itu.

Yang penting, ikut nasihat dan rawatan doktor. Jika anda mula mengalami masalah itu, segera berjumpa doktor pakar.

Jangan pula mendiamkan diri atau dapat ubat mengarut tanpa nasihat doktor, termasuk mendapatkan rawatan daripada tabib atau tukang urut. Nanti padah!

Makan banyak sayur

MINGGU ini saya tertarik untuk mengetengahkan masalah kuantiti air mani. Ini kerana sejak kebelakangan ini banyak e-mel yang saya terima dan juga disiarkan mengemukakan masalah berkaitan air mani.
Baik suami mahupun isteri, ramai menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin. Dalam puluhan e-mel yang diterima, saya tertarik dengan e-mel yang bertanyakan ubat atau makanan untuk menambah kuantiti air mani.

Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.
Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki itu mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan cairan yang banyak.

Lagi kerap lelaki itu bersetubuh, semakin kurang pengeluaran air mani, walaupun dia sangat terangsang ketika itu. Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah.

Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi-pundi tadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit. Begitu juga sebaliknya.
Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan suplemen. Lelaki menghasilkan antara dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali pancut. Jika pancutan kerap, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik.

Air mustahak kerana ia juga boleh mempengaruhi isi padu air mani. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari.Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.

Selain itu, tiram dan makanan laut mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli, bendi dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.

Namun, jangan memperkecilkan keupayaan buah- buahan tempatan.

Buah nangka dan betik misalnya mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.

Selain itu, herba akar Tongkat Ali teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu air mani. Kesimpulannya, semua makanan dan suplemen yang saya utarakan diatas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun yang berumur.

APAKAH kemungkinan sebarang risiko jika melakukan hubungan kelamin bersama isteri yang hamil? Kandungan isteri saya kini sekitar lima atau enam bulan.

SAYA tidak dapat memberi jaminan 100 peratus hubungan kelamin tidak menyebabkan sebarang risiko. Secara amnya, ia selamat dilakukan. 

Bagaimanapun, anda hendaklah mendapatkan penilaian daripada doktor perbidanan yang merawat atau menjaga kehamilan isteri anda. 

Lazimnya, sekiranya uri berada di bahagian bawah, terdapat masalah pendarahan daripada faraj, serviks (pintu rahim) menjadi pendek atau membonjol atau sudah mula membuka misalnya dalam masalah inkompetens serviks dan seumpamanya, doktor menasihatkan hubungan kelamin dielakkan. 

Begitu juga jika suami mempunyai pasangan atau isteri lain dan dijangkiti penyakit jangkitan seksual seperti herpes simplex. 

Ia mendedahkan isteri terhadap jangkitan yang sama serta kemungkinan jangkitan seksual yang lain.

Pasangan cemar tasik

TAK SENONOH...aksi dua pasangan di Taman Tasik Shah Alam.
TAK SENONOH...aksi dua pasangan di Taman Tasik Shah Alam.
SHAH ALAM: Keindahan taman tasik berhadapan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, dicemari gelagat beberapa pasangan kekasih yang tanpa segan silu melakukan aksi manja di tempat awam.
Pasangan yang asyik bercinta itu berpelukan dan berciuman di kerusi rehat yang disediakan untuk orang awam.

Telatah merpati dua sejoli terbabit diperhatikan orang awam di kawasan itu, tetapi ia tidak diendahkan pasangan terbabit.
Menurut pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 37, dia terkejut melihat telatah mereka kerana ia tidak boleh diterima masyarakat Melayu yang kaya nilai budaya timur.

“Walaupun jika mereka sah sebagai suami isteri sekalipun, ia tidak bermaksud mereka sewenang-wenangnya boleh melakukan aksi tidak senonoh di tempat awam,” katanya ketika ditemui di sini.

Status pasangan terbabit sama ada berkahwin mahupun bujang tidak diketahui. Namun, rata-rata pengunjung menggeleng kepala melihat aksi mereka.

Natasya didesak gugur kandungan

NATASYA bersama suaminya, Rhodri.
NATASYA bersama suaminya, Rhodri.
LONDON: Adik ipar Ryan Giggs - yang pernah menjalin hubungan dengan bintang Manchester United (MU) itu selama lapan tahun - mengaku menggugurkan kandungannya beberapa minggu sebelum berkahwin dengan Rhodri Giggs.
Untuk tujuan itu, Ryan didakwa memberi Natasha wang �500 (RM2,449) sebagai kos pengguguran.

Kata Natasya, Ryan tidak memberinya apa-apa pilihan ketika berdepan dengan isu kandungan luar nikah mereka.
   
  • FotoSUAMI CURANG...Ryan bersama isterinya, Stacey, ketika menerima anugerah Pemain Terbaik MU 2011 di Old Trafford, baru-baru ini.
  • FotoIMOGEN...turut mempunyai skandal dengan Ryan.
“Kata Ryan, untuk tidak memusnahkan hidup adiknya, satu-satunya jalan yang ada ialah menggugurkan kandungan saya,” katanya.

Ketika itu, kata Natasya, dia dijadualkan terbang ke Las Vegas untuk berkahwin dengan Rhodri beberapa minggu lagi.

Dalam keadaan hamil, katanya, dia tahu mustahil untuk meneruskan rancangan perkahwinan itu.
Natasya, 28, berkata melalui pengalaman pengguguran itu amat memeritkan.

“Walaupun saya mencintai Rhodri, saya juga ada perasaan terhadap Ryan,” katanya.
Natasya hamil selepas dia mengadakan hubungan seks dengan Ryan di rumah kawan pemain bola sepak itu selepas menyertai parti MU yang menewaskan Tottenham Hotspurs pada April lalu.

Natasya dan Ryan berkenalan pada 2003 - tahun sama pemain bola sepak terbabit berkahwin dengan isteri sahnya, Stacey Cook, 32.

Melalui pertemuan diatur secara rahsia di beberapa hotel, mereka sering mengadakan hubungan seks sesuai dengan jadual perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Skandal itu terus berjalan walaupun Natasya dan Ryan berdepan risiko kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing.

Ibu kepada dua anak, Natasya menggugurkan kandungannya di sebuah klinik di Stokport pada 3 Jun.

Dua minggu kemudian dia berkahwin dengan Rhodri di Las Vegas.

Antara tetamu mereka, Will Mellor, aktor Britain yang turut pernah menjalin hubungan dengan Natasya 11 tahun lalu.

Pasangan pengantin baru itu kemudian mengadakan majlis resepsi untuk meraikan ahli keluarga dan rakan masing-masing di Manchester.

Bagaimanapun, Ryan tidak dijemput ke majlis itu kerana masih menghadapi perselisihan faham dengan Rhodri.

Pada malam sama, Ryan berfoya-foya di sebuah kelab malam di London dan bertemu dengan peserta rancangan realiti Big Brother, Imogen Thomas.

Mereka kemudian menjalin hubungan sulit.