Monday, June 13, 2011

cerita seorang budak bernama bagak...

Ada seorang budak ..... yang bername bagak... umur muda lagi tapi dah bley berdikari ,  dia nie seorang yang ketegori baik la jugak... anak yatim...  dia nie selalu merantau seorang diri dan tidur dimane mate dia tertutup , makan ape yang dia jumpe n rasa leh makan .. bagak akan mengambil upah untuk pe je keje yang leh dia wat walaupun dia x tau tp dia akan cuba , janji dia dapat upah untuk mengisi perutnya yang lapar.
pada satu hari , setelah lelah berjalan , dia sampai ke satu perkampungan di sebuah negara yang masih tidak di ketahui oleh si bagak nie... dia berjalan di pekan dengan niat mencari sesuatu yang boleh dimakan atau mengambil upah dari penduduk tempatan , dia telah terdengar orang tempatan bercerita bahawa Raja telah mengadakan pertandingan yang mane sesiapa yang memenanginya akan dapat mengahwini anak raja tersebut dan akan memperoleh banyak harta . si bagak tertarik pabila mendengar mengenai pertandingan tersebut dan tertarik untuk melihat pertandingan tersebut .
 maka telah sampai hari yang di nantikan dimana pertandingan tersebut di adakan , bagak melihat ramai pahlawan2 perkasa berbadan sasa yang mendaftar sebagai peserta untuk pertandingan tersebut. tapi pertandingan apakah yang raja ini pertandingkan sehinga ramai pahlawan yang berbadan sasa sahaja yang ramai dilihat oleh nya  , bagak juga mendengar bahawa sudah 6kali pertandinggan tersebut diadakan dan selama 6 tahun itu juga tiada sesiapa yang memenangi pertandingan tersebut . " pertandingan pe ni ek ? " dalam pikiran bagak...
 setelah lama bagak memerhati di tengah gelangang , bagak melihat ada seekor gajah yang besar dan kelihatan gagah perkasa berdiri ditengah gelangang tersebut , tapi bagak masih buntu apakah kaitan gajah dengan pertandingan tersebut ? bagak pun bertanya kepada seorang tua disebelah tempat bagak duduk .... " semekom pakcik , nak tanya sikit boley ? " tanya bagak .. " apa kena mengena gajah dengan pertandingan nie pakcik ? " katanya ... " owh mesti kamu ni budak baru di kawasan nie yea..?  raja membuat satu pertandingan dudukkan gajah " kata orang tua itu , " dudukkan gajah ? " dengan muka yang agak pelik . " haah .. sesiapa yang dapat mendudukkan gajah diraja itu akan dikira sebagai seorang pemenang " kata orang tua itu " owh dudukkan gajah je boleh menang ? ... senang je tu pak cik ... " celah si bagak . 
pertandingan pun bermula , pahlawan demi pahlawan , hari berganti hari namun masih belum ada pahlawan yang berjaya mendudukkan gajah raja tersebut . "kalau tiada sesipa yang berjaya dudukkan gajah tahun nie , kira da 7 tahun la xda orang yang berjaya " pikir si bagak . "aku nk cuba jugak tapi aku xnak kahwin dengan puteri raja tu sebab aku masih muda dan belum baligh lagi , orang kata kalau x baligh  x boleh kawen lagi "  pikir si bagak .. " tapi harta 2 boleh la jugak , dapat jugak la aku makan dengan banyak dan bantu orang yang senasib dengan aku " 
 bagak pun mencuba nasib dan mendaftarkan diri sebagai peserta pertandingan tersebut . " abang , boleh ke saya cuba nasib untuk masuk pertandingan ni ? ada had umur ke ? " tanya si bagak kepada pendaftar pertandingan tersebut. " hahahaha..... " gelak pendaftar tersebut , " pahlawan  yang datang dari berbagai negara dengan badan yang perkasa pon tak dapat dudukkan gajah tu selama 6 tahun pertandingan ni diadakan , ni kan kau yang mcm lidi ni nak mencuba ? " sambil tergolek2 ketawa . " tapi xpa la aku bagi kau menyertai pertandingan ini sebagai jenaka untuk pertandingan tahun ni " kata pendaftar tersebut dengan sinis nya . " terima kasih abang , saya akan buktikan pada abang bahawa bukan dengan berbadan besar sahaja  seseorang itu boleh menjadi kuat , tetapi dengan akal nya juga kita boleh jadi kuat " kata bagak . 
bagak pun berjalan masuk ke tengah gelangang pertandingan tersebut , ramai orang menyorak si bagak dengan berbagai sindiran2 sinis , tapi dengan selamber rock nya si bagak wat tak tahu jew , raja pun tersenyum melihat telatah si bagak , " seorang budak yang masih kencing  bercabang pun ada hati nk dudukkan gajah beta ?  " kata raja tersebut .
 bagak berjalan mengelilingi gajah tersebut  " hahaha... ada hati nk cuba dudukkan aku si kecik nie ? pahlawan yang paling gagah pun tak dapat nak tandingi kekuatan aku , ini kan pula budak sekecil ini ? hahaha... " pikir si gajah tadi. setelah beberapa kali bagak pusing lalu bagak pergi ke belakang gajah tersebut.... lalu gajah tersebut pun duduk . semua orang terdiam seketika melihat gajah diraja itu duduk , terpaku semua orang apabila seorang budak hingusan seperti itu dapat mendudukkan gajah kepunyaan raja tersebut yang puluh kali lebih besar dari nya , lalu penduduk kembali bersorak meraikan kejayaan bagak dengan meriahnya , 
 seperti yang dijanjikan oleh raja , barang sesiapa yang dapat mundudukkan gajahnya akan dikahwinkan dan diberi harta oleh raja berkenaan , " wahai si kecil , siapakah gerangan namamu wahai si kecil yang telah berjaya mendudukkan gajah beta ini ? " tanya raja tersebut . " nama patik bagak tuanku " kata bagak . " kamu masih terlalu muda untuk ku kahwinkan dengan puteriku tetapi beta akan memberi harta kepadamu wahai si bagak , sebelum itu boleh beta tahu bagaimana kamu dudukkan gajah beta yang paling gagah itu ? " tanya raja  ,  " senang sahaja tuanku , patik hanya menjentik telornya sahaja , dia pun duduk tuanku . " dengan selamber nya bagak menjawab . " hahahahaha.... kamu memang seorang yang bijak si kecil , tidak kira lah ape pun yang kamu lakukan , yang penting gajah itu berjaya didudukkan " kata raja " jadi beta akan memberi gelaran orang kaya bijaksana kepadamu wahai si kecil . " "terima kasih tuanku ." kata si bagak kepada raja . bagak pun menjadi kaya dan dapat menolong orang2 yang senasib dengannya . bagak meneruskan perjalanan nya dengan gelaran  orang kaya bijaksana , menolong dan membantu orang yang memerlukan pertolonggan nya . " "aku akan pulang semula ke tempat nie suatu hari nanti" kata bagak...." tungu kepulanggan ku ....." 

No comments: