Monday, June 13, 2011

Fly agaric the kulat.........

Di kawasan2 sejuk melampau seperti Siberia & Scandinavia, tumbuh sejenis kulat yg amat disayangi oleh masyarakat tersebut..Kulat itu diberi nama Fly agaric, manakala nama saintifiknya, Amanita muscaria..

Anda tahu mengapa cendawan ini digelar Fly agaric? Sebab cendawan ini tinggi kadar asid ibitonic, muscazone, muscarine, dan muscimol, menyebabkan 1 g sudah cukup untuk membuat pemakannya menjadi khayal, penglihatan terganggu, mood berubah2, gembira, berpeluh, & air liur meleleh..

Memakan terlalu banyak pula boleh mengakibatkan badan membengkak, meracau & berhalusinasi..Ketika inilah si pemakan tadi berasa dirinya terawang2 & melayang seperti dibawa ke alam ghaib..Kesan sampingan ini boleh berlarutan 1 jam hingga 10 jam..

Oleh kerana sifatnya yg boleh menyebabkan fikiran melayang & berhalusinasi, golongan shaman (pawang) masyarakat Siberia memakan Fly agaric dalam sesuatu ritual, untuk berhubung dgn kuasa2 ghaib..

Fakta yg meloyakan tekak: Selepas ritual, shaman akan membuang air kecil ke dalam sebuah bekas, & air kencing itu akan diberi kepada org ramai untuk meminumnya..Kesan sampingan cendawan itu sgt kuat kerana meminum air kencing shaman juga akan membuat mereka berhalusinasi, berasa diri terbang melayang, terawang2 serta menembusi alam ghaib!

Dahulu, Fly agaric menjadi makanan golongan kaya & bangsawan..Tetapi golongan bangsawan di Siberia itu sgt baik hati, lantas mereka menadah air kencing masing2 untuk diberikan kepada golongan miskin supaya org miskin juga dapat merasakan diri mereka terbang terawang2!

Masyarakat Viking di Scandinavia pula memakan Fly agaric sebelum pergi bertempur agar tidak berasa takut & sentiasa ghairah untuk membunuh musuh.

No comments: