Friday, July 22, 2011

kepada sang suami isteri... !!!


1. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya." 

2. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling." 4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu t ida k selamat daripada bisu." 

3. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika t ida k) sesungguhnya mewarisi buta ->iaitu anak." 

4. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan h ina ." 

5. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua." 

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala." 

7. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak." 

8. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat." 

9. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilFitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan t ida k mendapat anak baginya kecuali sudah tua." 

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat." 

11. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya),kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika t ida k maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati." 

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis," 

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah." 

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika t ida k maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan." 

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya." 

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta." 

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat keb ina saan kepada manusia." 

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas." 

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang t ida k Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : 

"Innal Mubazziri ina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin." 

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim." 

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat." 

boypren ku suami orang ??

Ciri-ciri Lelaki Beristeri - Perkara Yang Gadis Perlu Tahu

Ramai gadis ketika ini terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami orang. Walau bukan itu yang dimahukan namun kerana lakonan dan permainan lelaki yang cukup mantap, si gadis akhirnya jatuh cinta dan terjerat dengan hubungan sebegini.

Bila status lelaki diketahui, ramai yang merasakan ia sudah terlambat, hati sudah pun terlanjur mencintai dan amat sukar untuk melepaskan dirinya. Akibatnya ada gadis yang sanggup menjadi madu atau mengambil lelaki yang sudah menjadi milik orang lain. Adakah ini kesudahan yang dimahukan oleh anda yang belum berumahtangga?

Jika tidak, panduan berikut mungkin berguna. Langkah pertama untuk mengelak berhadapan dengan situasi ini ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri. Lelaki yang sudah beristeri sebenarnya ada ciri-ciri yang tersendiri. Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuannya agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta.

Selain itu ia penting juga supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.
Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga anda. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.
Ketahui Ciri-ciri Lelaki Beristeri

1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan membuat hubungan mata dengan anda atau memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut-takut. Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.

2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.

Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.

3. Tidak sepenuhnya kepada anda
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.

Jika anda dapat merasakan kegelisahan ini maka dengarkanlah suara hati anda. Selain itu anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.

4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai. Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.

5. Berahsia
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.

6. Beri alasan
Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak. Sebagai contoh, si isteri mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah maka jangan haraplah si dia akan masuk ke situ bersama anda walaupun anda mengajaknya berulang kali.

7. Tidak akan keluar pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.

8. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan mereka akan resah dan bingung. Namun ada lelaki tenang saja, bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan.

9. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang maka percayalah pada rasa hati anda itu.

Sekiranya setelah membaca tips ini anda yakin pasangan anda sekarang adalah lelaki beristeri, maka tanyalah terus-terang pada dirinya. Sekiranya dia mengaku dan berjanji akan menceraikan isterinya jangan sesekali mempercayai kata-kata tersebut. Kemungkinan untuk dia melakukan adalah terlalu kecil.

petua untuk isteri2 sentiasa menjadi perawan....

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra    
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.     ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.   

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

   Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:    
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,    
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),   
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,  
  (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.    

Sebarkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

fasik kalau xtahu n murtad bagi yang tahu !!! jgn wat main.....

Jgn Sambut 1 Januari Kenapa??? 

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. Diantara lain, beli mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :- 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. 

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : 

UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita... Contohnya,haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka??? 

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan "Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai "....

beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan." Nauzubillah .... Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasukdalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. 

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun >baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan olehb Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD. 

Nauzubillah. 

Sesugguhnya yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang kurang serta salah >dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri. 

Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah 

ANNO = tahun ...... DOMINI = Tuan/Tuhan (Lord) 

Ini perkataan LATIN .. perkataan Englisch ANNUAL (tahunan) berasal dari Anno. 

Perkataan DOMINATE (menguasai) .. pulak berasal dari DOMINI... 

Anno Domini maksudnya "YEAR OF THE LORD" atau tahun yg menandakan kelahiran seseorang yg dianggap sebagai Tuhan.. (Jesus)

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN



KEKOSONGAN JAWATAN: 

A. Ahli Syurga Dari Awal. 
B. Ahli Neraka Dari Awal. 
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga. 

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 

1. Nikmat kubur. 
2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 
4. Syurga yang kekal abadi. 

TARIKH TEMUDUGA: 

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini. 

LOKASI TEMUDUGA: 

Di dalam kubur (alam barzakh). 

KELAYAKAN: 

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. 

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan. 

PANEL/PENEMUDUGA: 

Mungkar dan Nakir. 

ENAM SOALAN BOCOR: 

1. Siapa Tuhan anda? 
2. Apa Agama anda? 
3. Siapa Nabi anda? 
4. Apa Kitab anda? 
5. Di mana Kiblat anda? 
6. Siapa Saudara anda? 

CARA MEMOHON: 
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail. 

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI: 

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W: 

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. 

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. 

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. 

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

adakah anda tahu tugu2 yg kita lawati adalah haram hukumnya ??

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui..Negara kite nie banyak tugu...Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya..Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa "segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram..ciri-cirinya menyerupai berhala dan melawatnya juga adalah haram.." 

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2...Pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu..Setelah berbincang..Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu...Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...Tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ustz. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... "bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu".. dan kata beliau lagi... "walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik"...

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan..." Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam..Maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam"..Menurut beliau..Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...

Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa, mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud..iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah..

Kata beliau seterusnya.. ..
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. Mereka yang mengatakan bahawa hukum hudud itu zalim(bermakna allah juga adalah zalim...

Wallahualam